Friday, October 17, 2008

MENJUNJUNG KASIH , BERSEMADILAH KEKUSUTAN




Entah kenapa pagi Jumaat (20 Okt. 2008) saya dapat menarik nafas lega. Lega selega-leganya sehingga tidak dapat saya bayangkan dengan apa pun sandarannya.

Saya begitu bersemangat sekali, sehingga lupa untuk membawa bersama telefon bimbit sebelum keluar rumah. Seperti biasa, sebelum berjalan menuju ke stesen komuter, saya akan meninjau-ninjau sekitar halaman rumah. Memerhatikan pokok bunga, persekitaran taman dan anak-anak di jalanan menunggu bas sekolah tiba.

Disebabkan akhbar sudahpun dicampakkan sejak jam 6 pagi, saya telah membacanya seimbas lalu berita-berita penting. Tetapi yang lebih memberikan saya kelegaan ialah peringatan yang dikeluarkan oleh Raja-raja Melayu agar tidak lagi mempersoalkan kontrak sosial dan mencabar persetujuan yang telah termaktub dalam Perlembagaan.

Saya yang lahir, membesar, bersekolah dan ingin mati di Malaysia ini terasa amat berbahagia sekali. Saya bangga menjadi rakyat Malaysia, tetapi kadangkala terkilan apabila ada yang membenci negara sendiri. Mengutuk dan mencaci setiap inci yang ada sehingga terlupa bahawa negara inilah telah memberikan mereka rezeki dan kehidupan yang dinikmati itu.

Saya sangat sayangkan negara ini kerana itulah tidak berminat untuk berhijrah. Meskipun ada kawan-kawan telah berhijrah kerana menganggap kehidupan mereka di negara sendiri tidak ubah seperti berada dalam kandang harimau sarkas.

Tiga hari lalu saya menerima berita, rakan sekelas semasa sama-sama belajar di universiti, pernah bertelagah mengenai sistem politik bersandarkan demokrasi berparlimen, sistem politik naungan dan sebagainya mengirimkan e-mail.

Sejak kami mula meninggalkan universiti lebih 25 tahun lalu, seingat saya inilah kali kedua ,beliau mengirimkan berita. Kali pertama ialah ketika beliau mula berhijrah, pada mulanya berhasrat menyambungkan pendidikan sarjana di United Kingdom pada tahun 1985.

Alasan sebenar ialah kerana takut melihat kepada keadaan politik dalam negara. Orang-orang Melayu mula mempersoalkan kedudukan raja-raja Melayu apabila pemimpin politik mendedahkan keburukan dan kuasa imuniti.

Krisis Perlembagaan menjadi memuncak apabila terdapat sekeping nota yang ditulis oleh Prebet Adam. Beliau mula memberontak bagi membela seseorang dengan membuat kecuh di sekitar Kanpong Baru.

Tun Dr. Mahathir membawa usul untuk meminda perkenaan Yang di Pertuan Agong mengenai sesuatu pindaan undang-undang. Jika dalam tempoh tertentu, sesuatu pindaan yang diluluskan tidak mendapat perkenaan (tandatangan), ia akan dianggap telah diperstujui dan boleh dikuatkuasakan.

Banyak pihak menganggap ia satu perubahan tetapi segelintir mula mempersoalkan kewajarannya. Kedudukan Tun Dr. Mahathir sedikit terancam, namun atas hubungan rapat beberapa orang veteran UMNO ia dapat ditenteramkan. Bagi meyakinkan rakyat, Menteri Penerangan ketika itu, Adib Adam membongkar cerita yang terdapat dalam Sejarah Melayu.

Malam tadi aku begitu teliti kandungan e-mail, rakan itu mula menilai bahawa Malaysia adalah destinasi pilihannya dan berhajat untuk kembali bersama-sama keluarga. Mungkin anak-anak tidak ikut sama, tapi yang pasti ialah isterinya yang berketurunan Jepun. Dia mula member penghargaan kepada negara sendiri.

Saya berfikir mungkin kerana usianya sudah menyamai usia Malaysia, maka penilaian baru itu adalah satu penilaian yang matang. Mungkin kerana sekian lama berkelana mula terasa rimas dan lemas dengan suasana di tempat yang dianggap bebas tetapi sebenarnya penuh prasangka dan helah.

Selesai menjawab, saya berada di depan TV. Saya seolah-olah terkedu apabila mendengar berita memetik kenyataan akhbar khas Majlis Raja-raja Melayu meminta semua rakyat tidak lagi mempersoalkan kontrak sosial. Saya memberikan reaksi spontan, kenyatan tersebut amatlah mustahak kerana akhir-akhir ini terlalu banyak pihak menghangatkan kembali isu perkauman ekoran pesona politik semakin pudar.

HINDRAF dengan jelasnya merupakan pertubuhan haram, namun tidak bermakna perjuangan yang dirintis akan terus berkubur walaupun Sammy Vellu menegaskan hanya MIC mampu memperjuangkan nasib kaum India. Namun tidak kedengaran daripada Gerakan, MCA bahawa parti-parti merekalah yang merupakan saluran terbaik memperjuangkan orang Cina.

Banyak pihak melihat, baik MCA, Gerakan ataupun DAP perjuangan mereka adalah untuk kepentingan kaum Cina. Meskipun Gerakan menegaskan ia adalah parti pelbagai kaum, kepimpin tertinggi menjadi monopoli kaum Cina apatah lagi MCA yang sememangnya 100 % adalah Cina. DAP dilihat lebih terbuka, tetapi banyak perjuangan mereka adalah untuk kepentingan bukan Melayu (terutamanya Cina dan India yang tidak menyokong MIC).

Peringatan Majlis Raja-raja itu dianggap tepat pada masanya apabila dikeluarkan sebagai amaran untuk membangkitkan lagi soal-soal yang boleh menyentuh hubungan kaum. Ini kerana paling panas lagi ialah pandangan Ketua Pergerakan Wanita Gerakan yang melontarkan orang Melayu sebagai pendatang Sumatera. Ramai pihak tersinggung tetapi tidaklah meledak sebagaimana Gerakan tersinggung apabila bekas ketua UMNO Bukit Bendera memberikan pendapat berasaskan fakta sejarah, orang Cina adalah pendatang.

Kemarahan Gerakan menyebabkan pemimpin tertinggi UMNO memohon maaf tetapi keceluparan Ketua Wanita Gerakan tidak sedikit pun menunjukkan rasa bersalah. Presiden Gerakan terus membuat kenyataan “no intention to insult the Malays. “ dan sekali lagi menyalahkan laporan akhbar.

Semasa PR Kecil Pematang Pauh, Ketua Wanita Gerakan juga menyalahkan kahbar tersilap membuat laporan. Apabila Datuk Ahmad Ismail mempertikaikan laporan Sin Chew, tidak pula Gerakan mengambil tindakan pembetulan seperti mana dilakukan terhadap kenyataan mengenai orang Melayu.

Ironinya kita, tidak kedengaran pemimpin-pemimpin UMNO yang sedang berusaha mendapatak kouta pencalonan mengeluarkan kenyataan balas. Nampaknya orang Melayu, terutamanya di kalangan pemimpin politik kurang terkesan dengan kenyataan tersebut berbanding dengan perebutan jawatan.

Ingatan Majlis Raja-raja seharusnya menjadi julap bagi semua rakyat Malaysia supaya tidak lagi mempersoalkan kontrak sosial, apalagi menyemak semula atau mengubahnya kerana ia menjadi asas utama pembentukan negara ini.

Setiap sesuatu yang kita miliki tentunya diperoleh melalui pengorbanan dan kepayahan para pemimpin kita terdahulu. Kita seharusnya mengingati kembali bagaimana sukarnya untuk hidup pada suatu ketika dahulu, bukan sahaja ditakuti oleh hantu jelmaan malah bergerak ke sesuatu tempat terasa perit sekali.

Orang Melayu takut memasuki perkampungan Cina tetapi orang Cina tidak pernah takut tinggal bersama-sama masyarakat Melayu. Keramahtamahan orang Melayu akhirnya dipersoalkan sehingga menyebabkan sebahagian daripada orang Melayu amat membenci kaum-kaum lain.

Peristiwa 13 Mei telah memberikan sedikit pengajaran, pergeseran antara kaum boleh menyebabkan apa yang kita ada boleh musnah dalam masa yang singkat. Semangat kerjasama sama yang dipupuk semasa merundingkan kemerdekaan menjadi longgar dan tercabar selepas DAP dan Gerakan meraikan kemenangan pilihanraya 1969 dengan ghairahnya. Mujurlah kemenangan besar pembangkang dalam pilihan raya lalu tidak mengulangi sejarah 40 tahun lalu.

Meskipun tidak berlaku pertumpahan darah, bibit-bibit kebencian terhadap pilihan majoriti mula mengasak panjang sehingga sekarang masih belum selesai. Dalam tempoh reda ini, suara-suara sumbang masih kedengaran sehingga ada pihak mengalihkan pandangan kepada perkara lain.

Kegagalan membentuk kerajaan baru oleh pembangkang, pembongkaran pembohongan misi memburu ahli parlimen BN, sandiwara lapok menolak bajet 2009 tetapi berbahas sehingga lebih 5 jam, pencerobohan Hindraf dalam majlis terbuka aidilfitri dan pemilihan pucuk pimpinan MCA dan UMNO menjadi rencah paling laris di rumah-rumah terbuka anjuran kenalan, sahabat handai dan sebagainya.

Ingatan Raja-raja Melayu jelas dan tegas kerana “mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

“Tindakah pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlemgaan Persekutuan telah menimbulkan keguasaran dan kersesahan di kalangan rakyat. Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan mengunjurkan forum-forum berkenaan.

Sebab-sebab yang dikenalpasti sebagai puncanya ialah kedangkalan pengetahuan mengenai latar belakang sejarah maka adalah bertepatan sekali apabila Perdana Menteri mencadangkan ia diajar di sekolah-sekolah rendah. Inilah hakikatnya kerana sebahagian daripada bijak pandai kita dahulu tersilap membuat pertimbangan, melupakan mata pelajaran sejarah.

Saya teringat sewaktu di sekolah rendah dahulu kita diajarkan dengan tokoh-tokoh sejarah dalam peradaban barat. Maka kita mengenali siapakah Nepoleon Bonarparte, James Watt, Iskandar Dzulkarnain, James Stephenson, King Henry, dan Charles Wright bersaudara tetapi tidak kenal Tok Janggut, Maharajalela ataupun Dato’ Onn Jaafar.

Hanyalah apabila berada di sekolah menengah mula diperkenalkan sedikit demi sedikit, tetapi hari ini mata pelajaran sejarah sudah boleh dibuat pilihan. Tidak perlu belajar kerana tidak meminatinya dan mata pelajaran pilihan untuk peperiksaan.Inilah punca menyebabkan ada pihak menganggap ramai di antara kita “buta sejarah”.

Saya pernah menghadapi tentangan apabila berdepan dengan beberapa orang pelajar pendidikan tinggi. Mereka mempersoalkan betapa tidak wajarnya pemimpin dahulu membuat keputusan, maka untuk tidak melontarkan kesalahan kepada kesalahan kita pada masa akan datang, kini merupakan masa yang sesuai untuk kita sama-sama memperbetulkan kesilapan.

Setiap warganegara Malaysia harus bertekad, tidak lagi mempersoalkan apa yang telah dipersetujui tetapi seharusnya berganding bahu bersama menghadapi cabaran dan persaingan baru yang sedang menunggu. Kita perlu menyusun langkah menghadapi belenggu kelembapan ekonomi yang sudahpun melanda Amerika Syarikat dan Singapura mula diserang kencing tak puas.

Sindrom kambing hitam dan psikologi menyalahkan orang lain bagi menutup kelemahan sendiri perlu disingkirkan. Mula perspektif baru yang lebih segar dengan mengambilkira perimbangan sejarah, pengajaran silam untuk memulakan langkah dan bukannya meluaskan siri pembohongan dan propaganda murah.

Barangkali kita mungkin boleh merungkaikan jawapan yang tepat jika kita sama-sama menumpukan perhatian, tenaga dan fikiran menyelesaikan kekusutan yang membelenggu pemikiran kita. Kita jangan terjeremus, kerana sesekali kita terjerumus, kesakitannya adalah perit sekali. Jangan berlagak bagaikan Pak Kaduk kehilangan ayam sabungnya, menang sorak kampong tergadai.

Ingatlah, jika kita sayangkan negara, menghormati Perlembagaan dan cintakan keaman, seharusnya menjunjung kasih di atas kepekaan dan keperihatinan Raja-raja Melayu mengingatkan kita. Kemusnahan boleh berlaku dalam sekelip mata, tetapi proses penyumbuhannya bertahun lamanya. Semadikanlah kekusutan itu, biar menjadi nisan sejarah yang boleh diambil ikhtibar oleh seluruh warganegara yang cinta dan sayangkan negara bertuah ini.



MAHATHIRISM – BUKAN MUDAH MELUPAKANNYA.

Semangat aidilfitri masih terasa dan masih ramai lagi menganjurkan rumah terbuka. Walaupun sudah lebih dua minggu kita merayakannya, hujung minggu menjadi pilihan ramai untuk menganjurkannya.

Tahun ini rumah terbuka menjadi lebih meriah berbanding hidangan ketupat, lemang dan sate. Oleh kerana tiga parti komponen BN sibuk mengadakan mesyuarat dan pemilihan, topic perbualan banyak berkisar mengenai politik. Minggu lepas kita dihangatkan dengan kenyataan Ketua Pergerakan Wanita Gerakan yang menganggap orang Melayu sebagai pendatang dari Sumatera.

Meskipun Presidennya, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon menafika bahawa Datuk Tan Lian Hoe tidak menyentuh perkara itu, sebahagian besar orang Melayu mempersoalkan keculaparannya itu. Orang Melayu mempersoalkan kenapa apabila pemimpin Melayu mengungkapkan tentang asal-usul orang Cina, pemimpin atasan UMNO memohon maaf dan mengambil tindakan terhadap Datuk Ahmad Ismail.

Tetapi, apabila Datuk Tan Lian Hoe membuat kenyataan tidak ada seorang pun pemimpin Gerakan cuba memohon maaf. Sebaliknya, Presdien yang menang tanpa bertanding mempertahankan tindakan itu dengan memberikan alasan, Datuk Tan tidak pun menyentuhnya. Oleh kerana itu tindakan tidak perlu diambil.

Kita mendapat khabar gembira, sekurang-kurangnya ruang berfikir kita tidaklah menjadi sesak apabila Tun Dr. Mahathir menafikan penglibatannya sehingga menyebabkan Datuk Seri Najib dipilih sebagai Perdana Menteri pada bulan Mac 2009.

Sebelum ini terdengar khabar bahawa Tun Dr. Mahathir terlibat dalam memprojekkan pemilihan Najib dan Muhyidin sebagai menduduki dua jawatan penting dalam UMNO. Banyak pihak menganggap kedua pemimpin ini akan meneruskan apa yang dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir dan apabila memimpin negara akan mendengar nasihat beliau.
Konsep Mahathirism mula kedengaran kembali apabila Datuk Zaid Ibrahim membayangkan kemenangan bakal berpihak kepada Datuk seri Najib dan Tan Sri Muhyudin dalam
pemilihan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO pada bulan Mac nanti. Bayangan itu dinyatakan sebaik sahaja Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan tarikh peralihan kuasa yang baru dan tidak berhasrat mempertahankan jawatan Presiden UMNO.

Konsep Mahathirism mula diperkenalkan secara akademiknya oleh Khoo Boon Teik .
Boon Teik menulis sebuah buku yang membincangkan proses politik dan pentadbiran Tun Dr. Mahathir sebagai Mahathirism pada tahun 1995. Buku the paradox of Mahathirism telah mengalami beberapa kali cetakan ulangan dan menjadi rujukan penting pengkaji politik Malaysia.

Diselang seli dengan rendang ayam dan lemang, fikiran saya kembali mengingati sedikit sebanyak perbincangan dalam buku tersebut dan membayangkan apakah mahathirism itu merupakan sesuatu perlu kita elakkan. Apakah kita berhasrat untuk menolak apa sahaja yang telah dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir semasa pentadbirannya sehingga ia menjadi sesuatu yang mual dan jijik?

Bagi saya, tidak merupakan sesuatu yang salah jika kebaikan dan keampuhan dasar yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir mahu diteruskan oleh Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyudin. Ini kerana dalam suasana kedinamikan hidup dan mengisi kemerdekaan negara, kita kadangkala cuba mendapatkan pandangan dan idea daripada orang lain.

Semasa pentadbirannya, Tun Dr. Mahathir memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur bagi meniupkan semangat kerja orang-orang Jepun dan Korea membangunkan negara mereka. Walaupun dasar tersebut ada kelemahannya, sekurang-kurangnya semangat kerja bersungguh-sungguh, setia kepada organisasi dan mementingkan kualiti telah berjaya menjadikan Malaysia maju. Malah, negara-negara yang pernah berkata sinis sebagai pro-Jepun dan anti-Barat, mula mengintai peluang dan meniru resepi kejayaan Malaysia.

Ketika Amerika Syarikat semakin gawat sektor perbankannya, George W. Bush berhempas pulas memikirkan kaedah mengatasi kelembaban ekonomi, Paul Hansen mengemukakan pelan pemulihan sebanyak USD 700 billion untuk ‘membeli” institusi kewangan yang bermasalah.
Menyusul kemudiannya ialah Britain, Jerman, Jepun dan beberapa buah negara mambangun yang lain. Kumpulan negara-negara G7 mula gusar dengan kesan krisis kewangan yang dihadapi oleh Amerika Syarikat disebabkan oleh krisis subprimanya tahun lalu.
Amerika Syarikat yang pernah menyelar tindakan Malaysia (ketika Tun Dr. Mahathir) menangani krisis kewangan pada tahun 1998. Antara yang dipertikaikan ialah menambatkan mata wang ringgit, menarik balik nilai matawang bernilai RM 500 dan RM 1000 dalam pasaran, menurunkan kadar faedah, membelanjakan wang negara untuk meransang pertumbuhan ekonomi, memberikan bonus kepada kakitangan awam dan mengambilalih beberapa projek penswataan .

Langkah tersebut mula dilaksanakan oleh Amerika Syarikat dengan berusaha menyuntik wang dalam AIG, Firma Merryl and Lynch setelah Lehman diisytiharkan muflis. Hutang yang berbayar diambilalih oleh sebuah badan yang hampir menyamai Danaharta. Penubuhan badan tersebut hampir menyerupai Danaharta.
Pelan pemulihan yang lebih berbentuk memindahkan kuasa pasaran kepada kawalan kerajaan dianggap sebagai pengganas ekonomi, economic terrorism. Kini Amerika Syarikat, Britain mengamalkan istilah yang dicipta oleh mereka sendiri sebagai “government guarantee “ atau “nationalization.” Dulu dikecam, tapi kini menjadi pilihan utama untuk tidak lagi terlalu bergantung kepada kuasa pasaran.

Kuasa pasaran telah meusnahkan ekonomi Amerika Syarikat. Beberapa tahun lalu, Amerika Syarikat amat berbangga dengan kuasa pasaran untuk menentukan pertumbuhan ekonomi kerana melalui campurtangan kerajaan, ia akan menjejaskan perkembangan. Pasaran tidak perlu dikawal, dan kerana tiada kawalan itulah menyebabkan kuasa pasaran banyak bergantung kepada kedudukan spekulasi.
Bermula dengan spekulasi kekurangan bahan makanan, atas alasan perubahan iklim, peperangan, malapetaka, Amerika berselindung di sebalik keghairahannya untuk tidak bergantung kepada minyak. Sebanyak 30 peratus bijirin digunakan oleh dijadikan biofuel, menyebabkan kenaikan harga bijirin.

Amerika Syarikat mengurangkan eksport jagung dan sebaliknya menggalakkan rakyatnya menggantikan beras. Beras dibeli dengan banyaknya sehingga menyebabkan beberapa negara pengeluar mengurang dan menangguhkan eksport bagi membolehkan bekalan dalam negara mencukupi.
Minyak juga mengalami spekulasi yang besar pada awal tahun 2008. Harga terus melambung hingga mencapai tahap USD 145 setong berbanding pada akhir tahun 2007 berada dalam lingkungan USD 75 atau USD 80.
Tekanan ke atas negara-negara pengeluar supaya mengeluarkan lebih banyak, dilihat tidak banyak membantu kerana minyak terus dijadikan spekulasi dalam pasaran hadapan. Pernah dijangkakan akan meningkat ke tahap USD 200 setong, mujurlah tidak berlaku.
Jika ia berlaku tentunya Anwar Ibrahim akan menjadi bertambah galak membuat tuduhan liar dan pembohongan “mempunyai kuasa ajaib” menanganganinya. Anwar kini bermain sandiwara lagi apabila menolak Bajet 2009 tetapi membahaskannya sehingg mengambil masa hampir lima jam.

Kini mungkin ada pihak yang ingin mengambil kesempatan untuk menjual konsep mahathirism bagi menghakis keyakinan anggota UMNO dalam pemilihan jawatan tertinggi. Dengan melabelkan Najib dan Muhyudin sebagai “orang Mahathir”, dan apabila berkuasa akan melantik Tun Dr. Mahathir sebagai penasihat atau Menteri Mentor. Orang itu mungkin ingin meniru kaedah yang dilaksanakan oleh Singapura, melantik Lee Kuan Yew sebagai Menteri Mentor selepas melepaskan jawatan dalam kabinet.
Jawapan Dr. Mahathir meredakan keadaan dan tentunya, ada strategi lain akan digunakan bagi menjejaskan sokongan terhadap Najib dan Muhyudin. Mungkin itu merupakan strategi propaganda pembangkang ataupun pihak-pihak lain yang sedang melobi untuk mendapatkan jumlah pencalonan yang cukup. Tanpa cukup kouta, hasrat menggunung untuk bertanding akan kecundang sebelum bertempur.

Psikologi kambing hitam itu bukanlah baru dalam politik Malaysia. Ia adalah sesuatu yang lazim dan seringkali menjadi bahan perencah yang sedap untuk didengar. Mungkin kerana Tun Dr. Mahathir telah keluar dari UMNO dan ada riak-riak kecil untuk kembali, menyebabkan mereka mula merasakan kedudukannya terancam.
Berselindung di sebalik teori dan fakta, mereka merekakan teknik propaganda baru. Bila bercakap mengenai teknik propaganda, kita secara langusngnya akan membayangkan Hitler. Walaupun ramai pihak mengutuknya sebagai dictator yang kejam, tetapi teknik yang dilakukan masih ditiru. Tidakkah ini boleh kita namakan Hilterism, yang sepatutnya kita jarakkan daripada pemikiran kita di atas sifat marah dan kebencian terhadap Hitler.

Walaupun tidak semua yang diambil oleh Dr. Mahathir berjaya, namun sekurang-kurangnya keberanian beliau menangani krisis patut kita sanjung. Prinsip dan kegigihannya memulihkan ekonomi, patut kita pelajari dan perbaiki bagi menghadapi krisis ekonomi yang sedang dan bakal kita hadapi ini.

Bagaimana jika Dr. Mahathir tidak tegas untuk melaksanakan ransangan ekonomi pada tahun 1998 boleh menyingkatkan tempoh pemulihan? Apakah kerana memikirkan beberapa kesilapan kecil kita sanggup membakar kelambu?

Mungkin kerana anggapan serong itu maka sanggup melupakan gagasan Dr. Mahathir terhadap Wawasan 2020 yang sedang kita jejaki sekarang? Mengambil sesuatu pengajaran silam, menokoh tambah dan mempekemaskannya bukanlah sesuatu yang jijik dan mual.
Tidak salah jika kita terus memperbaiki konsep mahathirism menjadi neomahathirism atau apa pun kerana dalam peradaban manusia ada istilah klasik, neoklasik, moden, post modernism, dan sebagainya. Dalam ekonomi ada keynism, dalam politik ada Orwellian dan sebagainya. Ia adalah istilah yang digunakan sebagai penambahbaikan terhadap konsep awal yang dikemukakan.

Ia adalah langkah menghargai sumbangan orang lain dalam memenuhi tuntutan hidup. Jika kita menolaknya secara total dan membuat tuduhan secara terburu-buru mungkin ia akan menerima nasib yang sama seperti legenda Singapura dilanggar todak. Tidakkah kita sedar bahawa sejarah peradaban manusia mempunyai perulangan sejarah, yang berbeza ialah mauduk penyelesaiannya, selaras dengan perkembangan dan dinamika masyarakat.

Tidak mudah untuk kita melupakan Mahathirisme kerana ia adalah sebahagian daripada kejayaan kita. Ia adalah negarawan yang memberikan rentak baru politik dan pembangunan negara yang lebih pantas, cergas dan mampu menghadapi persaingan supaya tidak lagi tertinggal oleh kerana bebalisma pemikiran dan belenggu psikologi rendah diri.

Dr. Emkei Nizam
17 Oktober 2008.

Wednesday, October 8, 2008

PATUNG GERGASI ANWAR

Dr. Emkei Nizam

Perjalanan pulang ke Kuala Lumpur pada hari Ahad lalu memangnya meletihkan. Semua jalan masuk, terutamanya jalan-jalan utama baik dari pantai timur mahupun Lebuhraya Utara Selatan penuh sesak sejak tengah hari lagi.

Walaupun cuti hari raya tahun ini melengkapkan sejarah selama 6 kali hari raya tidak balik kampong, saya turut mengalami kesesakan. Sebelah paginya saya menghadiri majlis kenduri sempena perkahwinan anak rakan baik di Felda Lurah Bilut. Felda Lurah Bilut merupakan rancangan kemajuan tanah yang pertama dibuka di negara ini.

Bila sampai di Lurah Bilut, saya teringat kepada kontroversi Sekolah Wawasan yang timbul pada awal tahun 2000 dahulu. Banyak pihak, iaitu selepas menghadapi Pilihan Raya Umum ke-10 mula mempersoalkan kepentingan Sekolah wawasan walaupun salah seorangnya adalah menteri kabinet.

Menteri kabinet tersebut yang menghadapi perebutan jawatan dalam MCA bertindak memperlekehkan konsep sekolah wawasan, disebabkan ketika itu sedang memuncaknya tentangan terhadap Kementerian Pendidikan kerana sebuah sekolah jenis kebangsaan sekitar Damansara. Sebuah sekolah baru bagi menggantaikannya hampir siap, kerana Kementerian Pendidikan menganggap kedudukan SJKC yang lama tidak sesuai dan sesak.

Bagi mengalihkan pandangan dan mendapatkan sokongan masyarakat Cina kerana dalam PRU ke-10, Suqiu dan Dong Zhiao Jong amat kritikal mempertahankan pesekolahan aliran kebangsaan (China) itu. Didedahkan konsep sekolah wawasan sehingga ada akhbar Cina menyiarkan sepenuhnya kertas cadangan penubuhannya sehingga menimbulkan kontroversi yang berpanjangan.

Dek kerana BN sedikit terjejas dalam PRU ke-12, PKR semacam naik tocang memprojekkan langkah pengambilalihan kuasa dengan mempelawa ahli parlimen BN melompat parti. Diberitakan tarikh pengabilalihan kuasa itu ialah 16 September dan menjadi semakin hebat apabila memenangi PR Kecil Permatang Pauh dan dua hari kemudiannya diangkat menjadi Ketua Pembangkang.

Dicanang seantero pelosok termasuk Indonesia dan Amerika Syarikat bahawa pelannya akan menjadi kenyataan. Banyak pihak percaya sehinggalah pada malam 15 September mula merukyahkan tarikh yang lain, iaitu pada 23 September.
Dalam ucapan pada malam itu, tokoh utamanya DSAI berbohong lagi. Kononnya telah menemui Perdana Menteri dan akan menghantar surat kepada Yang DiPertuan Agong agar diperkenankan pelan peralihan kuasa itu. Beberapa hari selepas itu, Perdana Menteri menyelar tindakan provokasi itu sebagai “kerja gila” dan semakin sunyilah kedengaran dendangan menguasai politik negara.

Barangkali kerana kecewa dan ingin melepaskan geram, penyokong PKR membina pula tanda baru mengagung-angungkan pemimpin utama mereka. Maka, perjalanan saya pada hari Ahad (5 Oktober 2008) dari Bentong melalui lereng Banjaran Titiwangsa ke Kuala Kubu Bahru- Hulu Yam dan terserempak dengan replica gagah setingga lebih 10 kaki berhadapan lampu isyarat Selayang menghala ke Jalan Ipoh/Kucing.

Hari itu hujan agak lebat. Saya hanya kurang jelas adakah wajahnya adalah DSAI? Tetapi yang jelas ialah beberapa lambing PKR terpampang. Keesokan paginya saya ke Kapong Nakhoda untuk berjumpa kawan lama, wataknya menyamai DSAI namun wajahnya sedikit kelainan.


Bahagian bawah pipinya Nampak sedikit kelainan dengan wajah DSAI sebenar, tetapi miripnya hampir 80 peratus. Maka berkatalah hati kecil saya, ini belum jadi Perdana Menteri. Bila dah jadi Perdana Menteri, mungkin seluruh tempat akan dihiaskan patongnya.

Mungkin kita teringat bagaimana Saddam Hussin meletakkan hampir setiap tempat strategic di kota Baghdad dengan patongnya. Mungkinkah ini akan dilakukan jika DSAI berjaya memerintah?

Persoalan ini merupakan keangkuhan dan kesombongan seorang yang pernah dianggap merendahkan diri atas landasan Islam. Tiba-tiba kerana terlalu inginkan kuasa, kelihatan secara simboliknya sombong dan angkuh sekali. Bolehkah kita menyandarkan harapan ke bahunya?

Lantas saya menggarukan kepala. Jika inilah yang berlaku, kita mungkin akan terus melakukan upacara pemujaan peribadi yang keterlaluan kepada seeorang, sedangkan Islam tidak membenarkannya. Kita tidak dibenarkan memuja seseorang dan melembagakannya sebagai yang terhormat ataupun terkeramat sekalipun. DSAI bukanlah tokoh keramat. DSAI adalah tokoh yang berkhianat, sanggup memburuk-burukkan negara sehingga melemahkan kepercayaan orang luar.

Sanggup menuduh kepimpinan negara. Sanggup menuduh yang bukan-bukan sehingga meyakinkan Amerika Syarikat bahawa apa yang dilakukan oleh Kerajaan sebagai sesuatu yang negative. Bolehkah orang bersifat seperti itu dipercayai dan dijadikan tempat menumpah harapan dan menggantungkan impian?

Sunday, August 17, 2008

ANWAR JADI PM – TUN MAHATHIR BERHIJRAH KE LUAR NEGARA

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir tidak akan bermastautin di Malaysia jika Anwar berjaya dalam misinya sebagai Perdana Menteri. Kata-kata Tun Dr. Mahthir itu jelas meggambarkan kekecewaannya terhadap masa depan Negara bila dipimpin oleh Anwar.

Jika semasa Pak Lah menerajui UMNO dan Negara, Tun Dr. Mahathir hanya keluar UMNO. Lebih menyedihkan lagi bila Anwar jadi PM, Tun Dr. Mahathir berhijrah ke luar Negara. Sebagai rakyat Malaysia yang mengetahui jasa dan menghargai sumbangan Tun Dr. Mahathir kita harus bertanya, kenapa sampai begitu sekali beliau merajuk?

Adakah Tun Dr. Mahathir takut bila Anwar jadi PM akan ditangkap atas dendam kesumatnya. Jika Anwar sanggup melaksanakan dendamnya terhadap Tun Dr. Mahathir kerana pernah memecatnya sebagai Timbalan Perdana Menteri, adalah suatu sikap melampau teramat sangat.

Sebagai seorang pemimpin yang berpaksikan masyarakat madani, dendam kesumat bukanlah ciri utamanya. Seseorang pemimpin yang bersifat madani tentunya sanggup memaafkan setiap orang, hatta seseorang itu pernah berbuat salah kepadanya.


Kita mungkin ingat dan ada sedikit berpengetahuan mengenai sejarah Islam. Di zaman Rasullullah saw, baginda pernah digertak, diancam dan dicaci dengan pelbagai ancaman termasuk cubaan membunuh, tidak membalas dendam. Baginda menggunakan hemahnya, memaafkan mereka sehinggalah sebahagian besarnya menjadi sahabat, rakan dan teman yang sanggup berkorban apa saja bagi menggerakkan dakwah Islam.

Baginda tidak mencaci orang yang pernah memusuhinya. Baginda sentiasa mencari jalan bagaimana memujuk mereka sehinggalah keperkasaan Umar Al-Khatab, Zaid ibn Ziyad dan sebagainya menjadi pahlawan besar dalam sejarah kebangkitan Islam.

Perlu Anwar beristiqamah. Anwar perlu tanyakan dirinya sendiri. Suatu ketika, beliau merupakan untouchable leader in Malaysia. Semua orang bercakap, kita tidak boleh lawan pak syeikh. Lawan pak syeikh nahas.

Dr. Mahathir telah memberikan ruang yang cukup luas kepada Anwar untuk mengasah potensi dan karisma. Sebelum tahun 1981, Anwar hanyalah seorang pemimpin dalam ABIM, WAMY dan beberapa pertubuhan belia. Tetapi, setelah Ibrahim Ali berjaya mempengaruhi Dr. Mahathir, Anwar dibawa masuk ke dalam UMNO.
Pada tahun 1982, Anwar bertanding dan menang kerusi parlimen Permatang Pauh. Bila menang, terus dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana. Seterusnya menancak menjadi Menteri Pertanian, Menteri Belia dan Sukan, Menteri Pelajaran (Pendidikan), Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

Pada tahun 1995, beliau dengan ghairahnya mencaturkan politik UMNO sehingga memaksa Tun Ghafar Baba berundur. Beliau menang dengan mudah jawatan Timbalan Presiden UMNO dan seterusnya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Kumpulan Anwar yang begitu kuat dengan team wawasannya, dan ketika itu bergemalah slogan Melayu Baru, Melayu Antarabangsa dan sebagainya atas nama dan kebanggan Melayu.


Disaat itulah Amwar mula melebarkan sayap sehingga diberikan kepercayaan oleh Tun Dr. Mahathir untuk memangku jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 1997. Tun Dr. Mahathir bercuti selama sebulan. Ini merupakan sejarah pertama negara, Perdana Menteri menamakan pemangkunya semasa beliau bercuti.

Dr. Mahathir pernah mengumumkan bahawa penggantinya ialah Anwar Ibrahim. Mungkin waktu itu Dr. Mahathir amat yakin dengan potensi dan kepimpinan serta Anwar dianggap sebagai orang yang paling layak. Sampai kini Anwar mendakwa pemecatannya pada tahun 1998 adalah tidak sah, beliau masih berhak menjawat jawatan Perdana Menteri.

Pemecatan Anwar yang pernah dianggap sebagai untouchable itu mempunyai hikmah yang amat besar kepada negara. Allah SWT telah menunjukkan gerak hati kepada Tun Dr. Mahathir, jika Anwar menjadi Perdana Menteri Negara akan menjadi porak peranda.

Anwar bersengkongkol dengan sekumpulan pemimpin Yahudi yang berpengaruh. Dia menjadi sahabat karib kepada Al-Gore, Camdesus, Medeline Albright (saya pernah melihat Anwar berpelukan dengan Albright semasa menghadiri Dialog Antarabangsa Langkawi pada tahun 1997). Paling bijak Anwar memainkan peranan sehingga tidak ada yang lebih berkuasa daripadanya semasa meluluskan peruntukan dan membelanjakan wang untuk pembangunan Universiti Islam Antarabangsa termasuk ISTAC.

Beliau banyak membelanjakan wang untuk menyewakan sebuah rumah banglo dan kelengkapan untuk Dr. Hamid Sulayman, reactor UIAM di Gombak. Bayangkan rumah sewa tersebut diadakan kolam mandi, melebihi rumah seorang menteri kabinet.

Beliau turut menyalurkan wang yang banyak kepada Institute of International Islamic Thought yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Difahamkan beliau merupakan peneraju utama IIIT itu. Atas nama Islam beliau membelanjakan wang, memindahkan wang yang begitu banyak sehingga melampaui batasan.


Wang tersebut mungkin untuk kegunaan peribadinya melalui simpanan dalam tabung-tabung tersebut. Jika tidak menyalurkan wang tersebut, cuba kita bayangkan di manakah beliau boleh menggerakkan Parti Keadilan sehingga sekarang. Dari sumber manakah beliau mempunyai kewangan untuk menaja dan melaksanakan aktiviti partinya. Menurut pengetahuan biasa, Keadilan tidak menganjurkan kutipan derma sebagaimana PAS.


Jika pun ada kenyataan bahawa beliau mengajar selepas dibebaskan, berapa sangat pendapatan yang diperolehnya. Saya kira cukup untuk perbelanjaan hariannya sahaja.

Apakah Anwar tidak mengamalkan kroni semasa berada dalam cabinet? Anwar turut memberikan ruang dan projek kepada rakan-rakanya terutama mereka yang mempunyai hubungan dengan ABIM? Kita kenal ramai rakan-rakannya dalam ABIM menjadi kaya raya semasa Anwar berada dalam cabinet. Apa hubungan Anwar dengan Abrar Corporation sehingga turut luput dalam perniagaan di Malaysia selepas pemecatannya.


Anwar turut memberikan saham yang besar kepada mertuanya sehingga berjaya menguasai Malaysian Oxygen, syarikat yang membekalkan gas oksijen bagi keguanaan perubatan. Siapakah bapak mertuanya itu? Beliau adalah pesara kerajaan? Bagaimana seorang pesara kerajaan boleh menguasai sebuah syarikat yang besar dan berpengaruh? Bukankah itu peranan Anwar?


Anwar merupakan orang yang tidak percaya kepada takdir? Sepatutnya beliau meneliti apakah hemahnya beliau dipecat oleh Dr. Mahathir pada tahun 1998. Tentunya mempunyai sebab dan kesalahan yang besar yang tidak mampu ditutup oleh Dr. Mahathir. Bukan Dr. Mahathir menjatuhkan Anwar kerana takdir telah menentukan berlakunya sedemikian.

Mungkin Anwar akan terus berdendam. Cuba kita fikirkan kedudukannya yang untouchable pada suatu ketika dahulu jatuh dengan penuh keaiban. Kepimpinan yang penuh ditonjolkan secara Islamik telah menyebabkan ramai pihak mula tidak percaya dengan Dr. Mahathir, tetapi akhirnya imej Dr. Mahathir kembali bersinar selepas berjaya mengekang kemerosotan nilai matawang.


Pertandingan di Permatang Pauh ini merupakan satu pertandingan antara Anwar dengan dirinya sendiri. Anwar perlu bertarung dan kemenangan amat diperlukan sebagai membuktikan pengaruhnya. Jika tewas, ramai pihak menganggap karier politiknya berkubur.

Ujian pengaruh di Permatang Pauh ini juga bakal menyaksikan Anwar berperang dengan rakan-rakan karibnya yang suatu ketika amat setia dengan beliau. Tentunya beliau akan membuat tuduhan, rakan-rakannya telah menyebelahi BN kerana ditawarkan dengan pelbagai imbuhan.


Beliau tentunya akan memutarkan maklumat. Rakan-rakannya akan menghentam beliau merupakan pembelot. Beliau mungkin sedar. Orang pertama yang melabelkan dengan aibnya bukanlah pemimpin-pemimpin BN, tetapi Mohamad Sabu. Mohd Sabu amat dekat dengan Anwar, kerana beliau juga anak Pulau Pinang, kampungnya tidaklah begitu jauh dengan Cerok Tok Kun. Tidak pun sampai sejam perjalanan berkereta.

Takkan Mohd Sabu tidak tahu dan kenal Anwar. Takkanlah Mohd Sabu sanggup melabelkan Anwar sedemikian jika tidak berupaya menghidu asap unggunan api Anwar? Kenapa Anwar tidak menyalahkan Mohd Sabu sedangkan bila Saiful Bahrin membuat laporan polis mengenai seks luar tabie mengatakan ia adalah palsu.

Terfikir oleh saya, kenapa beliau berusaha sangat untuk melobi dan membeli beberapa orang pemimpin BN agar menyertai PKR. Kenapa beliau tidak begitu gentlemen politiknya sehingga sanggup untuk berada di Putrajaya melalui jalan belakang? Apakah ini sifatnya beliau?

Dengan memujuk dan menggoda ahli parlimen BN memasuki PKR, bererti Anwar menggunakan jalan belakang. Kalau kita memasuki jalan belakang, bermakna bukanlah benar-benar jantan.

Tunggulah tahun 2012, bertandinglah secara jantan. Jika PKR menang dalam pilihan raya itu, bukan sahaja saya akan anggap Anwar sebagai Perdana Menteri malah sebagai seorang pahlawan politik teragung dalam sejarah Malaysia. Jika dengan cara yang ingin dilaksanakan oleh Anwar sekarang, saya bukan sahaja tidak hormat kepada beliau, malah tidak boleh menerimanya sebagai Perdana Menteri.

Saya tidak minat dengan Anwar, bukan seperti saya menyanjunginya sebagai seorang pemimpin pelajar sedikit masa dahulu. Saya tidak hairan apabila ada pihak yang menyeranaikan beliau beberapa tahun lalu sebagai pemimpin Islam yang berpengaruh dalam seratus orang Islam.

Beliau dianggap sebagai pemimpin Islam masa depan, kerana banyak menyalurkan wang kepada IIIT yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Beliau menggunakan wang untuk menangkatkan kedudukan itu. Saya telahpun membakar buku tersebut, walaupun suatu ketika dahulu saya menyimpannya dengan baik.

Bila nonaku Azizah mengosongkan kerusi Permatang Pauh, saya turut teringatkan beberapa insiden yang pernah berlaku dalam keluarga tersebut. Saya pernah dengar pada tahun 1999, Wan Azizah pernah mendaftarkan permohonan cerainya di Mahkamah Syariah Pulau Pinang. Kes tersebut tidak kedengaran lagi, mungkin ditarik balik oleh Wan Azizah.

Saya pernah dengar bahawa Wan Azizah pernah beberapa kali memohon nasihat Dr, Mahathir dan Dr. Hasmah mengenai masalah rumah tangga mereka semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri. Dr. Hasmah memberikan nasihat semoga Wan Azizah terus setia kepada suaminya, walaupun mendapat pelbagai maklumat mengenai kecurangan suaminya.

Mungkinkah pengosongan itu kerana didesak oleh suaminya. Wan Azizah mungkin faham bahawa suaminya merupakan seorang pendesak tegar yang tak mampu lagi dihindari. Ini kerana Anwar sudah kesuntukan masa, jika tidak mengosongkan secepat mungkin matlamatnya menjadi Perdana Menteri pada 16 September 2008 tidak kesampaian.

Wan Azizah mungkin tidak lena tidur kerana memikirkan hasrat rakus suaminya. Jika hasratnya terhalang, Anwar akan melakukan apa sahaja. Hanyalah Wan Azizah yang lebih arif tentang niat, matlamat dan kerakusan suaminya. Bersabarlah wahai “nonaku Azizah” apabila mendengar berita Saiful sudah bersumpah di Masjid Kuala Lumpur bahawa telah diliwat.

Jika menangis, tak apa tangisan itu merupakan tangisan penuh keinsafan bahawa Allah SWT menunjukkan jalan yang sebenarnya kepada puan. Allah SWT telah memberikan sinaran kehidupan yang baru, bahawa ada lebih baik kembali ke pangkal jalan dari terus mempertahankan atau mendolak-dalih kebenaran.

Tap apa tak jadi isteri Perdana Menteri pun tak apa. Allah SWT tidak mengizinkan berada di situ kerana takdir telah menentukan sedimikian walaupun kita pernah merancang dengan penuh teliti dan bersistematik. Tanpa izinnya akan ada sahaja halangan, percaya kepada takdir kerana itu telah diajarkan kepada kita sejak kecil lagi.

Tuesday, July 1, 2008

KEBERANIAN ITU SATU KEBENARAN

Minda Petani
1 Julai 2008


Sebagai petani, saya masih membuat beberapa perkiraan mengenai kos yang bakal ditanggung kesan kenaikan harga minyak. Belum pun sempat membuat tuntutan rebat tunai yang diberikan oleh Kerajaan, saya rasa bersyukur akhirnya seolah-olah Pak Lah mendapat restu daripada Allah SWT.

Pak Lah semacam memperoleh kekuatan apabila ada pihak yang membuat laporan mengenai tingkah laku terbaru bekas Timbalan Perdana Menteri. Bekas seorang mahasiswa UNITEN yang meninggalkan pengajian universiti kerana tidak mencapai keputusan yang baik menjadi sukarelawan PKR. Beliau membantu PKR berkempen dan setelah memperoleh sedikit kejayaan, diberikan peluang sebagai pembantu khas kepada penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerana tidak tahan dengan kegemaran majikannya, beliau beberapa hari lalu membuat laporan polis dan melakukan pemeriksaan di Hospital. Walaupun pihak hospital tidak mendedahkan hasil pemeriksaan tersebut, tetapi telah disahkan melakukannya. Siasatan sedang giat dilakukan oleh pihak polis.

Tetapi yang menggamit minda saya ialah kenapa DSAI terkejar-kejar meminta perlindungan di kedutaan Turki. Sebaik sahaja mendapat tahu laporan terhadapnya dilakukan, kenapa tidak terus ke balai polis meminta pertolangan. Malam itu, orang kuatnya termasuk isterinya sendiri menyatakan tidak yakin dengan jaminan keselamatan pihak polis kerana semacam mengalami trauma dalam tragedi 1998.

Saya yang hanya berbekalkan cangkol dan penyodok menjadi hairan. Saya hairan bagaimana boleh menafikan jaminan keselamatan pihak polis, sedangkan dalam beberapa hal memuji tindakan cekap pihak polis menyelesaikan masalah. Inilah yang menampakkan satu usaha untuk memesongkan isu sebenar dengan mengkambinghitamkan polis.

Inilah sikap puak-puak yang tidak bersetuju dengan tindakan polis, kerana tindakan tersebut tidak menyebelahi pihaknya. Dia yang sering bercakap atas dasar menegakkan keadilan, rupa-rupanya kurang faham prinsip keadilan. Bagi saya keadilan itu adalah satu tindakan bagi mengembalikan sesuatu hak yang telah dinodai atau dirampas oleh orang lain.

Polis telah memberi jaminan, bagi berlaku adil kepada semua pihak, yang mengadu dan orang yang diadukan perlindungan dan keselamatan diutamakan. Tetapi bagaimana DSAI meminta perlindungan daripada orang lain, iaitu Duta Turki.

Dia kena faham, kedutaan Turki itu ibarat wilayah orang lain. Walau pun merupakan kedutaannya di Malaysia, untuk apa meminta pertolongan orang asing. Itulah yang saya marahkan sangat apabila meminta bantuan asing. Tidak merujuk kepada saudara mara atau rakan-rakan sekampong.

Nampaknya yang membuat laporan lebih patriotik daripada penasihat PKR sendiri. Walau pun masih muda, demi masa depannya dia tidak sanggup menggadaikan keyakinannya terhadap insitusi negara sendiri. Dia membuat laporan polis dan membuat pemeriksaan di hospital kerajaan. Tidak buat pemeriksaan di Hospital di Selatan Thailand atau Singapura.

Adakah dia tidak takut dengan ancaman? Saya fikir dia amat takut kerana akan menghadapi pelbagai cercaan, tohamahan hatta ancaman ganas. Dia ibarat seperti cerita klasik daripada India. Sanggup mempertaruhkan punggungnya demi menyelamatkan serangan meriam penjajah.

Mengacukan punggung seperti meriam di sekitar pesisir pantai menyebabkan penjajah tidak jadi menyerang. Dia telah perlakukan demikian, akhirnya berani membuat pendedahan demi menyelamatkan dan mempertahankan maruah negera. Walau dituduh sebagai konspirasi menjatuhkan kerjaya politik, ia akan dianggap sebagai pahlawan kecil yang berani menegakkan haknya yang dicabul.

Benar atau tidak, itu adalah keputusan penghakiman nanti. Saya sedia menunggu walaupun berapa lama lagi. Saya yakin, pemuda itu berada di pihak yang benar. Saya yakin pemuda itu tidak akan berbuat demikian jika perkara tersebut tidak berlaku.

Saya yakin pemuda 23 tahun itu tidaklah seganas yang disangka. Tidak tergamak untuk menjatuhkan kerjaya politik seorang tokoh besar yang pernah dipanggil Pak Syeikh itu. Saya yakin, beliau tidak akan melakukannya jika dia bukan seorang yang patriotik. Dia sedar, dakwaannya akan menyebabkan aib yang besar hingga akhir hayat.

Saya yakin dia mempunyai kekuatan menghadapi sebarang cabaran. Dia adalah seorang pemberani. Saya tabik kerana sanggup menegakkan haknya yang diceroboh. Saya doakan dia memperolehi kekuatan dan kemenangan, kerana Allah SWT sentiasa berada di pihak yang benar. Ingatlah, Allah SWT sentiasa bersama kita memberikan pertolongan jika kebenaran yang kita impikan.

Saya beranggapan demikian kerana saya yakin. Sebelum bergelumang dengan cangkol dan penyodok, banyak pihak tidak yakin apabila saya berhasrat untuk bertani. Saya bertani jauh di pedalaman, yang sebahagian daripada kita tidak sanggup lakukan. Bertemankan pacat, ulat, lintah dan cacian, saya lakukan juga. Akhirnya, tohmahan, cacian dan makian rakan-rakan yang pernah belajar bersama tertelan dengan sendirinya.

Pisang yang saya tanam, berbuah. Nanas mula mengeluarkan buah. Orang-orang pernah mencaci dan mencerca, meminta peluang untuk bersama menanam modal. Mereka sudah Nampak buah pisang dan nanas, saya sudah mengutip hasil. Begitulah, keberanian pemuda 23 tahun itu saya anggapkan sebagai suatu kebenaran. Saya yakin, keberanian itulah memberikan kita kekuatan. Keberanian itulah pendorong utama, bukanlah kerana adanya konspirasi-mindapetani.blogspot.com

Thursday, June 19, 2008

Anwar ngidam jadi PM, tapi tidak juga bunting

IBARAT pasangan pengantin baru, selepas selesai kenduri mengidamkan cahaya mata. Sebelum zuriat itu lahir, ia perlu menjalani proses kehamilan. Semasa hamil perlu dijaga dengan baik, mematuhi jadual pemeriksaan kesihatan dan persiapan mental dan fizikal. Tanpa melalui proses tersebut, keinginan mendapatkan zuriat sendiri tidak akan menjadi kenyataan.

Selepas Pakatan Rakyat menunjukkan prestasi yang baik dalam PRU 12, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) amat lantang menyuarakan keinginan untuk menjadi Perdana Menteri. Lantaran itu beliau menjaja sekeliling pelosok kota dan desa melaungkan keinginannya.

Keinginan itu akan dapat dicapai apabila 30 orang ahli parlimen BN menyertai PKR atau Pakatan Rakyat (PR). Gabungan PR ialah PKR, Pas dan DAP yang berjaya menguasai empat buah negeri (Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Selangor), kekal di Kelantan dan hampir menang mutlak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Perhimpunan 14 Mei lalu (dikenali sebagai Black 14) menjadi medan pertama Anwar Ibrahim membuat andaian kemungkinan tersebut selepas “dibebaskan aktif berpolitik.” Semasa berucap di Bangunan Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur beliau menjelaskan tidak akan tergesa-gesa untuk menjadi Perdana Menteri. Jika perlu berbuat demikian akan menamakan isterinya sebagai Perdana Menteri sementara kerana ingin menjawat jawatan itu “dengan cara yang terhormat”, iaitu melalui pilihan raya kecil atau seumpamanya.

Jika mengambil tarikh tersebut sebagai “lafaz ikrar kahwin”, tanggal 16 September 2008 sebagai tarikh ulang tahun pembentukan Malaysia, Anwar hanya mempunyai masa tiga bulan dari sekarang. Mampukah beliau berbuat demikian?

Barangkali masyarakat masih ingat mengenai siapa Anwar Ibrahim. Ramai tahu bahawa beliau amat licik dan berpengalaman mengadakan siri demonstrasi sejak berada di bangku universiti lagi. Pada tahun 1974 mengetuai mahasiswa mengadakan demontrasi kononnya membantah kerana ada penduduk Baling mati kebuluran.

Pernah menubuh dan memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) setelah gelombang kebangkitan Islam memuncak sejak pertengahan 70-an. Setelah itu beliau berkempen menggunakan platform PAS dan memaki hamun UMNO sehingga memijak-mijakkan bendera sebagai petunjuk “kebenciannya.”

Pada awal 80-an Anwar memasuki UMNO apabila Tun Dr. Mahathir merasakan perlu mencari tokoh muda yang berjiwa Islam untuk membantunya. Ketika itu beberapa perancangan mengenai penubuhan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Bank Islam sedang hangat dibincangkan.

Ibrahim Ali memceritakan keinginan Anwar memasuki UMNO kepada Tengku Razaleigh. Ketika itu, Tengku Razaleigh ialah salah seorang Naib Presiden UMNO dan Menteri Kewangan. Tengku Razaleigh bersedia membawa perkhabaran itu kepada Tun Dr. Mahathirselaku presiden parti.

Anwar bertanding pada tahun 1982 dan menang. Diberikan jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, dari situ kerjaya politiknya meningkat sehingga begitu galak sanggup mencabar jawatan Timbalan Presiden UMNO dan menyebabkan Tun Ghafar Baba mengundurkan diri.

Kumpulan wawasan yang diterajuinya mempunyai “gelombang politik” sehingga menjadikan ramai pihak tersungkur. Selepas menang dan menanjak naik menjadi Timbalan Perdana Menteri, rasanya terlalu lama menunggu untuk menjawat jawatan Perdana Menteri, Anwar mencari helah “menyingkirkan Dr. Mahathir.”

Semasa negara menghadapi krisis matawang, Anwar dilihat terlalu berpihak dengan beberapa kapitalis dan “power broker”. Beliau bersahabat dengan bekas Naib Presiden Amerika Al-Gore, bekas Setiausaha Negara Madeline Albright, Camdesus, Wolowitz dan sebagainya. Atas persahabatan itu, Al Gore turut berada di Kuala Lumpur bersama-sama dalam reformasi jalanan yang dilancarkan setelah disingkirkan oleh Tun Dr. Mahathir.

Tahun 1998 memberikan petunjuk pertentangan kaedah dan cara menyelesaikan krisis ekonomi. Tun Dr. Mahathir mengambil langkah drastik dengan mengurangkan kadar faedah, meningkatkan subsidi bagi menjamin rakyat tidak tertekan oleh kegelisahan ekonomi, mengadakan pakej pembangunan bagi meningkatkan pertumbuhan, memberikan ganjaran dan bonus kakitangan awam dan menambat nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.

Anwar berfikir dan mengambil peluang di atas kemerosotan nilai mata wang tersebut. Mendesak kerajaan supaya menerima pakej penyelamatan yang ditawarkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), meningkatkan kadar faedah pinjaman bagi mengehadkan peminjam, dan sebagainya. Beberapa pihak yang menyokong Anwar turut memindahkan wang ke luar negara, kerana kadar faedahnya lebih tinggi termasuk menyimpan wang di beberapa bank di Singapura.

Tun Dr. Mahathir pula mengambil langkah menyeru rakyat Malaysia yang mempunyai simpanan di luar negara supaya memindahkan wang tersebut ke dalam negara. Ini akan membantu menggerakkan ekonomi dan bukannya menyebabkan keadaan lebih parah.

Itulah watak Anwar yang suka “menangguk di air keruh” bagi membolehkan beliau naik ke atas. Dia sanggup mencabar orang yang berupaya meredakan keadaan dan menjernihkan hubungan dengan istana emi kepentingan politiknya.

Beliau juga sanggup “menekan orang lain bagi menjayakan cita-citanya.” Beliau sanggup mengundang Al-Gore sebagai sahabat karib bagi membantu mendesak Tun Dr. Mahathir supaya tidak memecatnya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan digugurkan sebagai Timbalan Presiden UMNO. Sanggup menerima pakej IMF dan menaikkan kadar faedah pinjaman kerana ia akan memberikan keuntungan besar kepada kroninya.

Ketiga, sanggup membuat tuduhan dan pembohongan demi meraih simpati masyarakat. Paling ketara ialah apabila isterinya mendakwa Anwar telah disuntik dengan virus HIV dan akan mati beberapa tahun lagi. Badannya semakin lemah kerana imunisasi berkurangan hatta ada yang beranggapan akan mati semasa dalam tahanan.

Selepas dipenjara selama lebih 4 tahun, beliau masih segar-bugar sehinggalah boleh bermimpi akan jadi Perdana Menteri pada 16 September 2008.Jika benar dakwaan telah disuntik virus HIV, tentunya Anwar tidak boleh bermimpi jadi Perdana Menteri dan menjelajah ke seluruh negara menjaja harapan.

Keempat mendakwa mengalami masalah tulang belakang dan memerlukan pembedahan di luar negara, iaitu Jerman. Setelah menjalani “pembedahan” selama sejam, beliau terus boleh berjalan tanpa masalah besar. Inilah satu lagi sandiwara yang dibuat oleh Anwar.

Sebagai manusia biasa, jika seseorang itu selesai menjalani pembedahan, dia akan terus terlantar di atas katil buat beberapa lama dan seterusnya menjalani proses fisioterapi untuk memulihkan pergerakannya. Anwar tidak berbuat demikian, kerana sakit tulang belakang adalah alasan yang disengajakan bagi membolehkan beliau bertemu dan merancang strategi politik dengan rakan-rakan karibnya.

Pada kebiasaannya, selepas pembedahan, seseorang akan diletakkan di bawah jagaan rapi para doktor. Hanya setelah benar-benar sihat barulah doktor memberikan kebenaran untuk pulang. Berapa lama setelah pembedahan tersebut, Anwar keluar hospital dan berjalan ke sana ke mari? Cuba bayangkan, jika seseorang ibu yang menjalani pembedahan semasa bersalin pun memerlukan masa yang lama untuk pulih. Anwar hanya perlu masa beberapa jam sahaja, tidak pun sampai sehari.

Kelima, semasa berkuasa dan menjadi Timbalan Perdana Menteri Anwar terlalu mewah membelanjakan wang rakyat untuk melaksanakan sesuatu termasuk membangunkan ISTAC, Islamic Studies on Thought and Civilisation tanpa terlebih dahulu merujuk kepada Kementerian Pendidikan Malaysia yang menjadi penaungnya. Kerana beliau merupakan Menteri Kewangan pada masa itu, pembangunan ISTAC dibuat dengan kelulusannya termasuk menyewakan kediaman mewah kepada sahabat karibnya, Reaktor Universiti Islam Antarabangsa, Dr. Hamid Sulayaman. Bayangkan rumah sewaan tersebut dilengkapi dengan kolam mandi dan sebagainya.

Keenam, jika benar dakwaan beberapa pihak menghubungkan Anwar dengan International Institute of Islamic Thought (IIIT) yang berpangkalan di Amerika Syarikat, maka kita ingin bertanya berapa banyakkah wang negara telah dipindahkan ke akaun tersebut. Untuk apa beliau memberikan bantuan kepada IIIT, kalau bukan kerana mempunyai kepentingan peribadinya.

Ketujuh, untuk merebut jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO berapa banyak wang telah digunakan untuk membeli undi? Semasa berkempen beberapa bulan, Anwar perlulah mengisytiharkan berapakah yang telah dibelanjakan sehingga ada pihak “membuat putaran sebanyak 360 darjah menyokongnya” kerana “takut periuk nasi tidak berisi.” Kita tanyalah pada veteran UMNO, apakah tawaran yang telah dibuat oleh Anwar semasa “hajatnya” untuk menyingkirkan Tun Ghafar Baba ketika itu bagi merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Kelapan, meneliti ucapan Anwar kepada orang Melayu beliau mempersoalkan ketuanan Melayu dan perlu dipertahankan. Apabila bercakap dengan masyarakat bukan Melayu, beliau berhujah “ Negara ini bukan untuk orang Melayu. Negara ini untuk orang Cina. Negara ini adalah hak orang India.” Apakah nasib orang Melayu akan diperjuangkan oleh Anwar jika menjadi Perdana Menteri nanti.

Semasa menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, beliau ghairah merancang pembangunan dengan mengenepikan orang Melayu di Pulau Pinang, negerinya sendiri. Bagaimana peranan beliau “menghalau” orang Melayu Pulau Pinang dengan helah mengambil tanah di Seberang Perai dan menukarkan statusnya. Tanah tersebut kemudiannya dibangunkan dengan pelbagai projek yang tidak mampu dibeli oleh orang Melayu menyebabkan ramai berpindah ke Kulim, Bandar Baru, Sungai Petani dan sebagainya.

Di bahagian pulau misalnya, kenapa tidak mempertahankan komuniti Melayu yang berada di sekitar Sungai Ara, Gelugor, Batu Uban, Sungai Nibong dan sebagainya. Sebaliknya membeli laluan pembinaan kodominium yang berharga ratusan ribu ringgit yang tidak mampu dibeli oleh orang Melayu. Orang Melayu hanya mampu membeli rumah kos rendah (tentunya Rumah Pangsa) walhal asalnya tanah tersebut adalah milik orang Melayu.

Baru sekarang hendaklah berusaha mempertahankan orang Melayu. Jawabnya tidak adalah harapan. Orang Melayu sudah lama ditipu oleh retoriknya yang membungkam rasa dan minda, memerangkap hati dan perasaan. Tidak boleh digantungkan harapan, kerana beliau sendiri sebenarnya cuba “membetulkan kesilapan yang pernah dilakukan” bagi kali kedua. Apakah kita akan memberikan peluang untuknya? Rasanya sudah cukup sekali. Peritnya masih terasa hingga ke hari ini.

Kesembilan, apabila Datuk Mukhriz mendedahkan penglibatan beliau dengan pertubuhan Society for the Future, kita menjadi begitu terguris. Pertubuhan tersebut mendapat dana daripada pelbagai pihak, termasuk mereka yang menaja pembantaian terhadap orang-orang Islam di Palestin dan Irak. Walau pun kita tidak mampu berjuang melawan mereka, hati tetap terguris apabila ada orang Islam dibunuh melampaui batas-batas kemanusiaan.

Anwar menjadi presidennya. Bererti beliau turut membenarkan pembantaian terhadap orang Islam, iaitu saudaranya sendiri demi “persahabatan dengan penyumbang dana.” Di manakah kelantangan suara beliau untuk memperjuangkan Islam sedangkan beliau pernah dilihat sebagai “berwajah Islam” dan menghanyunkan masyarakat madani? Di manakah madaninya bila sanggup “memaki hamun sesama sendiri”?

Akhirnya, teori ke-10 ialah apabila memperkatakan tarikh sebenarnya ialah 16 September 2008 sebagai kepastian menjadi Perdana Menteri. Apakah kita tahu bila tarikh sebenarnya kita akan mati? Sebelum dilahirkan, adakah kita tahu tarikh sebenarnya kita akan dilahirkan? Itulah ramalan pasti Anwar mengalahkan nujum pak belalang. Beliau bertindak seolah-olah beliaulah faktor tunggal yang mampu menentukan. Ingatlah, Allah maha berkuasas. Dia akan menentukan sama ada boleh menjadi Perdana Menteri atau tidak.

Janganlah terlalu sangat yakin, nanti kempunan. Ibarat mengharapkan zuriat tapi sebenarnya belum pun pernah hamil. Mana nak dapat, jika hanya “melafazkan ikrar kahwin” tapi sebenarnya “tidak tidur sebantal”. Semakin berani ahli-ahli parlimen menyuarakan “tidak benar” akan menyertai PR, maka Anwar terus dihimpit dengan psikologi harapan dan berada dalam kempunan?-

Dr. Emkei Nizam

18 Jun 2008

Monday, June 16, 2008

Siapa tentukan harga minyak

SEBELUM meninggalkan kebun pisang petang Ahad lalu (8 Jun 2008), saya bertanyakan diri sendiri: Siapakah yang menentukan harga minyak? Di mana peranan Pertubuhan Negara-Negara Pengeluar Minyak (OPEC) yang suatu ketika dahulu sangat berkesan mempengaruhi harga minyak dunia?

Saya teringat kepada sebuah kisah klasik bagaimana Robinson Crusoe sibuk mencari kayu api setelah terdampar di pulau. Kayu-kayu dikumpulkan, dia mula melakukan aktiviti menghidupkan api melalui gesekan batu. Apabila kedua batu berlaga, percikan api terbit dan dibawahnya diletakkan beberapa helai daun kering. Daun kering itu menyala dan kemudiannya unggun api dihidupkan.

Makanan dimasak menggunakan kepanasan api itu. Setelah selesai, Robinson Crusoe menikmati makanannya dengan begitu berselera. Begitulah suasana itu berlaku selama dia berkelana di pulau tersebut. Kisah ini mengingatkan betapa pentingnya tenaga bagi mememuhi kehidupan seharian kita. Kini sumber tenaga yang berasaskan minyak dan gas dijadikan sebagai komoditi penting.

Tenaga diperoleh melalui penggunaan bahan bakar seperti kayu api, arang batu dan minyak secara tradisi. Perkembangan teknologi menyebabkan bentuk tenaga yang berasaskan minyak, gas, air, angin, sisa buangan, bijirin, suria, tumbuh-tumbuhan dimajukan untuk menghasilkan biomass, biofuel, biodiesel dan sebagainya. Bijirin digunakan untuk menghasilkan etanol manakala hasil bakaran buluh, sekam padi dapat menghasilkan hidrojen yang boleh digunakan untuk menggerakkan kincir atau menghidupkan enjin.

Penduduk India menggunakan tahi lembu sebagai bahan bakar untuk kegunaan rumah. Tahi lembu dikeringkan dan kemudiannya dibakar untuk membolehkan mereka memasak, mendapatkan cahaya dan sebagainya. Di Jepun terdapat sisa buangan dari dapur dikumpul dan diproses untuk mendapatkan sumber tenaga.

Namun yang lebih mudah dan praktikal buat masa ini ialah menggunakan minyak. Minyak telah menjadi komoditi penting bagi manusia selain barang makanan. Minyak menjadikan manusia mudah bergerak dari satu tempat ke satu tempat sama ada secara alaminya atau membolehkan barangan diangkut dengan cepat dan mudah.

Sejarah selepas tamatnya peperangan ideologi atau dikenali perang dingin memberikan kita peringatan yang jelas. Negara maju sanggup menggunakan pelbagai helah bagi menguasai bekalan minyak. Hatta negara-negara pengeluar minyak sendiri pun pernah berbalah berebut kawasan simpanan minyak .

Perang Iran-Iraq pada tahun 1991 sebagai bukti. Begitu juga dengan ketegasan Amerika Syarikat menyerang Iraq kerana ingin membolot telaga minyak. Dengan melabelkan Saddam Hussin sebagai pengganas yang membiayai dan menyokong pencerobohan ke atas World Trade Center pada 11 September 2001, Amerika Syarikat dan sekutu-kutunya menyerang Iraq. Berselindungkan adanya senjata pemusnah, Iraq dihancurkan oleh Amerika pada tahun 2004 dan masih bergolak sehingga kini.

Terbaru, Presiden George W. Bush pada awal Mei lalu mengunjungi negara-negara Arab untuk meningkatkan pengeluaran minyak bagi mengimbangi kenaikan harga minyak dunia. Pada tahun 2007, harga minyak melonjak ke para US $80 setong dan terus meningkat ke US$145 setong pada hujung minggu lepas.

Sejak awal Januari lalu beberapa negara mula mengurangkan subsidi ke atas bahan bakar bagi menjamin rakyat masing-masing mempunyai bekalan makanan yang mencukupi. Ini kerana awal tahun ini juga menyaksikan kenaikan drastik harga bijirin yang dikatakan berpunca oleh perubahan iklim, peningkatan permintaan daripada China dan India, dan sekatan eksport negara-negara pengeluar.

Keadaan yang sama dilakukan ke atas minyak. Alasan Israel akan menyerang Iran kerana berdegil membangunkan reaktor nuklear, menjadikan lonjakan yang begitu ketara dalam masa tiga hari (naik sebanyak US$10 pada 6 Jun 2008 menjadikannya US$145 berbanding US$135 pada 4 Jun 2008).

Di samping ancaman menyerang Iran, pihak peniaga minyak menggunakan suasana geopolitik yang tidak menentu sebagai alasan yang menakutkan pihak pedagang. Dengan membesar-besarkannya, mereka membuat pembelian panic sehingga menggambarkan "jika kesempatan ini tidak diambil, semua kegiatan ekonomi dan politik menjadi huru hara."

Kesan yang dilakukan oleh spekulator itu menyebabkan banyak negara mula mengambil langkah mengimbanginya bagi mengelakkan berlakunya defisit perbelanjaan. Jika tidak dilaksanakan, negara akan membelanjakan lebih banyak wang untuk mengekalkan harga minyak. Indonesia, Taiwan, Sri Lanka dan Malaysia mengambil langkah mengurangkan pemberian subsidi ke atas bahan bakar itu.

Perdana Menteri mengumumkan struktur subsidi baru pada 4 Jun 2008 dengan menetapkan harga minyak petrol sebanyak RM 2.70, diesel RM 2.58 setiap liter. Walaupun harga tersebut ditetapkan pada paras tersebut, kerajaan masih memberikan subsidi sebanyak RM0.30 sen seliter. Selepas pengumuman tersebut, stesen minyak menjadi serbuan ramai sehingga lewat malam kerana selepas jam 12.00 minyak dijual dengan harga baru.

Kenaikan harga petrol sebanyak 40.65 peratus dan diesel lebih 60 peratus menyebabkan ramai khuatir akan menyebabkan kenaikan harga barang dan meningkatkan kadar inflasi. Maka ada beberapa pihak menganjurkan perjumpaan, demonstrasi membantah kenaikan tersebut malah membuat tuduhan kelemahan pemimpin mengurus ekonomi negara.

Pengusaha bas ekspres menaikkan tambang, persatuan lori menaikkan bayaran sewaannya hingga ke paras 60 peratus dan tidak terkecuali pekedai menjual makanan. Ini menyebabkan masyarakat menjadi resah dan gelisah tanpa memikirkan apakah kesannya kepada negara jika subsidi minyak semakin bertambah. Mungkin ubat di hospital akan mengalami kekurangan stok, subsidi keada para pelajar tidak dapat diberikan, pembangunan infrastruktur terencat, harga beras meningkat (tidak dapat dikawal kerana semua wang digunakan untuk subsidi minyak) dan sebagainya.

Kembali kepada pokok persoalan: Siapakah yang menjadi dalang kenaikan harga minyak dunia? Pada mulanya ramai pihak menyangka bahawa OPEC lah bersalah kerana enggan menambahkan pengeluaran bila Amerika Syarikat berunding supaya mempertingkatkan keluaran. OPEC dikatakan penyebab kerana enggan memenuhi lonjakan permintaan minyak yang naik mendadak kepada 87.3 juta tong sehari.

Tiga belas negara yang bergabung dengan OPEC hanya mengeluarkan minyak sebanyak 32.35 juta tong sehari. Untuk menampung keperluan tersebut, iaitu hampir 52 juta tong sehari atau 59.54 peratus negara-negara bukan OPEC seperti Rusia, Brazil, Bolivia dan sebagainya digantungkan harapan. Rusia dikatakan mempunyai bekalan minyak sebanyak 140 bilion tong.

Keengganan OPEC itu dituduh sebagai "sengaja untuk menaikkan harga minyak bagi memperoleh keuntungan besar." Presiden OPEC, Chakib Khelil membantah keras bahawa pengeluaran minyak bukanlah masalah yang besar."Masalahnya adalah berhubung rapat dengan aktiviti spekulasi," tambahnya ketika berada di Algeria pada 7 Jun 2008.

Tuduhan terhadap spekulator itu ada hubungkait dengan kegiatan pasaran hadapan. Minyak telah dijadikan sebagai komoditi dalam pasaran hadapan dan diniagakan di New York dan London. Menurut Commodities and Futures Trading Commision (CTFC) di New York, mereka menemui beberapa bukti ada hubungkait transaksi penjualan dan pembelian minyak secara banyaknya dilakukan oleh saudagar minyak.

Seperti kata Greg Priddy, penganalisis tenaga Eurasia Group di Washington bahawa adalah tidak wajar meletakkan tuduhan kepada negara-negara pengeluar minyak. "Mereka (Amerika) hanya mahu mencari seseorang untuk dituduh dan negara-negara Teluk tidakkah popular untuk memulakannya?" soal Piddy.

Menurut Dow Jones Newswire, setelah siasatan dijalankan oleh CFTC terhadap transaksi pembelian minyak berjangka membuktikan ada kecenderungan ke arah itu. Mereka turut menyiasat kegiatan pembelian minyak untuk industri, penggunaan pengangkutan, penyimpanan, perdagangan minyak mentah yang terlalu mendadak sejak awal Januari lalu. CFTC menemui adanya tindakan spekulator meminta lori-lori tangki dibenamkan ke laut atau mengarahkannya ke sesuatu destinasi lain, bukannya ke tempat penyimpanan minyak.

Itu menjadikan pembelian panaik di dalam pasaran sebagai petunjuk berlakunya kekurangan bekalan minyak dunia. Kekurangan tersebut mendorong kepada kenaikan harga. CFTC turut menemui aktiviti spekulator menyorok simpanan minyak di sesuatu tempat misalnya di Oklahoma. Tujuannya ialah untuk melonjakkan harga dan menimbulkan suasana panik dalam pasaran dengan berebut-rebut melakukan transaksi pembelian.

Ada beberapa pihak menganggap beberapa orang pemimpin kanan Amerika Syarikat yang merancang suasana panik dalam pasaran tersebut. Menurut mereka, Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush merupakan pelakon utamanya kerana berpengalaman sebagai "orang minyak". Pada tahun 1979, memulakan kerjayanya sebagai pedagang minyak dengan menubuhkan Arbusto Energy.

Pada tahun 1987, memegang jawatan sebagai pengarah di Harken Energy, yang dibantu oleh keluarga Raja Arab untuk mengembangkan operasi perdagangan minyak. Condoleezza Rice dan Dick Cheney pernah menerajui Haliburton. Haliburton juga merupakan syarikat yang menjadikan minyak sebagai komoditi utama perniagaannya.

Dengan merancang suasana panik itu syarikat-syarikat minyak membolot keuntungan besar. Namun bagi mengabui mata umum, pemimpin-pemimpin tersebut menunjukkan sikap "berunding" dengan negara OPEC supaya meningkatkan pengeluaran bagi menurunkan harga.

Menurut Senator California, Dianne Feinstein seperti dilaporkan oleh New York Times, "para eksekutif minyak itu sengaja menjadikan diri mereka korban kenaikan harga minyak." Sebenarnya yang dikorbankan oleh "para eksekutif " itu ialah rakyat Amerika Syarikat sendiri dan negara-negara pengimport minyak.

Banyak suara sinis kedengaran, untuk memulihkan ekonomi Amerika Syarikat, "lebih baik menunggu George W. Bush tamat tempoh dan digantikan oleh presiden baru." CTFC tidak perlu menunggu sehingga Bush tamat tempohnya sebagai presiden, melalui bekerjasama dengan pengurus kewangan Bursa Saham New York dan Intercontinental Exchange (Chicago) dalam perkongsian maklumat pasaran harian, ada menampakkan muslihat besar di sebalik dakwaan kekurangan bekalan telah berlaku.

Mereka sedang mengawasi kontrak minyak mentah yang didagangkan di Amerika Syarikat dan London. Ini kerana terdapat lonjakan mendadak mengenai pembelian minyak mentah sejak akhir-akhir ini bagi melobi menaikkan harga pasaran. Dengan adanya pengawasan itu, harga minyak mentah mulai turun kepada US$134 setong pada 10 Jun 2008. Ada tanggapan bahawa harga minyak dunia akan bertahan ke paras US$127 setong untuk beberapa ketika kerana spekulator mengambil sikap berhati-hati membuat transaksi pembelian apabila aktiviti mereka mula dikesan.

Mungkinkah kenaikan harga minyak ini merupakan senjata penting Bush untuk memulihkan imej setelah dikotori oleh langkah-langkah "gila perang" dan "kerakusan menguasai" geopolitik dunia? Ada pihak yang membuat andaian, setelah gagal "membenamkan Islam", mencetuskan krisis bekalan makanan, Bush beralih kepada minyak.

Sebagai "orang minyak" yang berpengalaman, Bush mungkin yakin bila berjaya menstabilkan harga minyak, imej penyudahnya akan bersinar. Calaran dan kerosakan semasa mentadbir Amerika Syarikat selama dua penggal akan terhapus. Orang akan mudah menyanjungi sesuatu langkah dan usaha terakhir menyelesaikan krisis kerana ia lebih dekat dan sesuai dalam perpsektif psikologi masa.

Saya teringat sebuah buku yang ditulis oleh Craig Unger, House of Bush, House of Saud: The Secret Relationship Between The World's Two Most Powerful Dynasties pada tahun 2004. Buku tersebut dicatatkan sebagai New York Times Bestseller buat beberapa minggu berjaya merungkaikan bagaimana hubungan sejak sekian lama antara keluarga Bush dengan keluarga Raja Saud, termasuk muslihat berperang dengan Iraq atas alasan memilik senjata pemusnah massa. Amat licik sekali Bush mencari helah untuk menguasai minyak Iraq setelah menguasai telaga-telaga minyak di lain-lain negara Arab.

Kelicikan Bush sebagai bekas "orang minyak" dijangka akan dilakukan dengan pelbagai cara sebagai senjata memulihkan imej dan reputasinya. Sokongan dan dokongan negara-negara Arab (termasuk sekutu Bush dalam perdagangan minyak di Amerika Syarikat) akan membantu beliau mencari imej yang baru, mungkin sebagai "penyelamat" malapetaka yang diakibatkan oleh kenaikan harga minyak. Inilah pada anggapan banyak pihak kenapa Bush berusaha untuk mendesak OPEC menambahkan pengeluaran bagi menstabilkan harga yang dicetuskan oleh para spekulator atau "orang minyak." - malaysiaaktif.com

Dr. Emkei Nizam
Kuala Lumpur.

Wednesday, June 11, 2008

Tun kenapa berseteru dengan Pak Lah?

SEKEMBALINYA dari Jepun pada 27 Mei 2008, Tun Dr. Mahathir bukan sahaja mengkritik Pak Lah malah turut kesal “membenarkannya menyertai semula UMNO” setelah menyertai Team B pada tahun 1987. Pak Lah, Tengku Razaleigh, Tun Musa Hitam, Datuk Shahrir, Dato’ Rais Yatim menyertai Team B melawan Tun Dr. Mahathir dalam perebutan jawatan Tertinggi UMNO pada 1987.

Setelah tewas, mereka menubuhkan Parti Semangat 46 ekoran terbubarnya UMNO ketika itu. UMNO yang dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir bukanlah UMNO asal, ia didaftarkan sebagai UMNO (Baru) dan kemudiannya dikenali sebagai UMNO. Semasa menggulung perbahasan dan ucapan penangguhan selepas pertandingan itu, Mahathir membawa cerita mengenai seekor singa yang tertusuk duri.

Rata-rata perwakilan menganggap singa yang tertusuk duri itu ialah beliau sendiri. Apabila singa itu diberikan rawatan, iaitu dibuang durinya makan singa itu pun menyerang orang yang menolongnya.

Ramai rakyat Malaysia faham. Orang yang menolong singa itu ialah Datuk Harun Idris yang dianggap wira yang memperjuangkan nasib orang Melayu ketika menjadi Ketua Pemuda UMNO dan Menteri Besar Selangor. Apabila menyebelahi team B, Harun yang pernah menolong mengembalikan Mahathir ke pangkuan UMNO setelah disingkirkan oleh Tunku Abdul Rahman “dibaham” oleh singa tersebut.

Jika Tun Dr. Mahathir menyesal memberikan ruang kepada Pak Lah untuk bergiat cergas dan seterusnya memimpin UMNO, perasaan yang sama turut Harun rasai pada 1987. Jika Mahathir menganggap “sepatutnya saya tak bagi dia(Pak Lah) masuk UMNO tapi saya benar dia masuk balik . Tapi tak ada langsung seperti mana pepatah Melayu supaya selalu kenang budi, ‘hutang emas dibawa belayar, hutang budi dibawa sampai mati’,. Saya tidak mati lagi, dia dah bagi saya mati.”

Ingatlah Tun, ketika “menerkam orang yang menyelamatkan dulu” dia juga belum mati. Jadi, Pak Lah tak pernah `menerkam Tun' seperti mana Tun terkam Datuk Harun. Kalaulah Tun menganggap pembatalan jambatan bengkok sebagai “tidak mengenang budi”, Tun sudah silap. Apa sebabnya Tun marahkan pembatalan projek tersebut?

Kalau Tun merajuk sekalipun, kenapa Tun keluar UMNO sedangkan UMNO memberikan ruang yang lama “menggilap kepimpinan dan membina reputasi. Tun berkuasa 22 tahun melakukannya, manakala Pak Lah hanyalah baru 4 tahun?”

Kalau Tun kata UMNO menunjukkan prestasi buruk dalam pilihan raya lalu akibat kepimpinan lemah Pak Lah haruslah diteliti kembali bagaimana kepimpinan Tun sendiri menyebabkan UMNO dibatalkan pendaftarannya pada 1987? Tidakkah Tun juga mengalami perasaan yang sama apabila kehilangan negeri Sabah pada 1985, Kelantan pada 1990 dan tewas di Terengganu pada 2000?

Dalam pilihan raya 1969, Tun tewas di Kubang Pasu oleh Tuan Haji Yusuf Rawa. Kekalahan itu menyebabkan Tun Kecewa dan menulis surat terbuka kepada Tunku Abdul Rahman dengan marah dan angkuh menyalahkan sikap ‘tak apa atau tidak kisah Perdana Menteri ketika itu’, kenapa hari ini Tun menyampaikan nada yang sama kepada Pak Lah? Bukankah itu pendendam nama? Allah murka kepada orang yang mendendami orang lain, kerana Islam penuh dengan pengajaran saling memaafkan sesama insan.

Generasi kini mula mempersoalkan langkah dan tindakan Tun ketika mentadbir negara. Generasi kini masih belum lupa bahawa Tun menjadi cemerlang selepas peristiwa UMNO diharamkan. Semasa permulaan menjadi Perdana Menteri, Tun dianggap penuh kontroversi berbanding Pak Lah.

Tun pernah mendapat gelaran “Mahazalim” “Mahafiraun” dan sebagainya sehingga menakutkan banyak pihak. Pak Lah belum pun menerima gelaran sedemikian, kecualilah apabila berlaku wabak JE di Negeri Sembilan. Ketika itu, Dato’ Fadil Nor menyindir “Badwi di Arab menjadi pengembala unta, Badawi di Malaysia menjaga babi”. Tolehlah masa silam Tun sendiri, bagaimana Tun pernah menghadapi tentangan dan rintangan semasa permulaan menjadi Perdana Menteri, selepas menang 43 undi melawan Tengku Razaleigh pada tahun 1987, kontroversi pembinaan Daya Bumi dan Jambatan Pulau Pinang (dikaitkan dengan kroni), pemilikan UMBC dan sebagainya.

Tun sepatutnya memberikan peluang kepada Pak Lah menerajui pentadbiran negara menurut gaya dan dasar kepimpinannya. Tak payahlah Tun melenting, kerana masa Tun sudah berlalu. Ingatlah, Tunku Abdul Rahman pernah merajuk dengan sikap Tun termasuk Tun Husin Onn sendiri sehingga sanggup menyokong Team B pada 1987-minda petani